Sunday 8 December 2019

Kebahagiaan

Syahdu terasa di hati apabila melihat keluarga ku. Aku melihat gambar Nur Jeehan, sesungguhnya aku merasa bahagia. Dia telah membesar dengan baik, ku doakan dia sentiasa dikelilingi orang yang baik.

Sesungguhnya, sebak hatiku melihat dia.. Dia telah melalui pelbagai ujian tapi satu je yang membuatkan hati ini bahagia bahawa dia seorang yang positif, setiap dugaan yang Allah hadirkan dia sentiasa bersabar. 

Kalau mek masih ada, mek akan turut merasa apa yang aku rasa.. Itu pasti.

Terima kasih Allah kerana anugerah indah ini..

M.long sayang keluarga kita dan m.long paling sayang anak2 saudara m.long macam nyawa m.long sendiri, atau mungkin lebih lagi. Allahuu.. Aku mungkin bekeng tapi bekeng aku bukan kerana benci, bahkan hanya sayang.

091219-roomeLroseTailor

Monday 9 January 2017

Tiada manusia yang sempurna di dunia. Tiada yang tidak mempunyai ibu dan ayah. Semua mempunyai ibu dan ayah. Seperti juga aku, aku pernah mempunyai seorang ibu, yang ku panggil 'mek'.. Kini mek tiada lagi di sisi ku. Tiada dia untuk bercakap dan memberi nasihat pada ku. Tiada dia untuk ku bersandar tatkala aku berduka. Tiada dia untuk aku meluahkan kegembiraan. Sesungguhnya ya Allah.. Aku rindu belaian mek.. Aku selalu merasa terluka kerana aku juga pernah melukakan hati mek, sampai sekarang aku ingat mek mengadu bahawa dia terasa hati dengan aku. Ya Allah, sungguh aku tidak sengaja dalam perlakuan ku.. Maafkan aku walau aku tahu tiada lagi mek untuk mendengarnya. Aku cuba menjadi anak yang baik untuk mek tapi aku hanya manusia biasa tanpa terlepas dari dosa. Sakitnya aku apabila aku melukakan hatinya. Maafkan aku..

Tuesday 2 June 2015

hari ini, aku cuba menulis lagi...menulis adalah satu kemestian bagi aku untuk meluahkan apa yang terpendam di hati, aku tafsirkan diri aku ke dalam sebuah tulisan. tulisan yang bagi aku hanya sebuah tulisan yang biasa, tidak sehebat karyawan-karyawan hebat di luar sana. aku suka menulis kerana aku ingin menulis walau hanya biasa-biasa saja.. :) bila aku menulis, aku mulai merasa jiwa aku sedang hidup dan aku akan cuba untuk hidup sebagai manusia..hehehe..sememangnya aku ini manusia.. aku masih merangkak dalam dunia penulisan, setiap patah kata ku adalah cuma biasa. dan aku hanya sentiasa mahu menjadi manusia luar biasa untuk keluargaku..

sampai sini dulu untuk detik ini, lain detik aku coretkan lagi setiap rasa ku...hari ini cukup dengan secalit rasa..

Thursday 28 May 2015

kegugupan dan aku


aku sentiasa memulakan langkah dengan kegugupan..entah mengapa, hati ku ini sentiasa gagap dan gugup dalam mencari sebuah kejayaan. aku sendiri pening memikirkan tentang diriku ini. sedangkan orang lain penuh dengan keyakinan. mereka aku lihat mempunyai keyakinan dan mereka mencuba sedangkan aku juga mencuba tapi dengan penuh kegugupan...

aku kelihatan megah tetapi di dalam hatiku hanya ada ketidak pastian tentang sesuatu yang hendak aku miliki. aku merasa bahawa aku ini tiada keyakinan diri. Allahu!!! 

mengeluh lagikah aku disaat seharusnya aku tidak mengeluh sama sekali..Allahu!!! Ampuni aku!!!

Monday 11 May 2015

mek...

Mek adalah sebuah panggilan untuk ibu ku. Insan yang amat aku sayang selepas Allah dan RasulNya. Aku menyintai ibuku dengan sepenuh jiwa dan ragaku. aku amat memerlukan dia di setiap saat, aku rindu suara dan senyuman dia. Hampir setahun dia pergi menyambut seruan Ilahi untuk tinggal di sana. Aku redha tapi hatiku sentiasa menginginkan kehadiran dia di sisi.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku rindu, rindu serindu-rindunya.

Mek, kaklong rindu mek sangat-sangat. Mek, masa semester pertama kaklong dapat 3.71, untuk sem dua ni kaklong dapat 4.00..mek, betapa susahnya hidup tanpa mek, kaklong cuba belajar jatuh bangun sendiri. kaklong tahu Allah sentiasa ada tapi kaklong amat perlukan mek, kaklong cuba walau susah. kaklong belajar untuk hidup tanpa mek, betapa susahnya mek. kaklong cuba cari diri kaklong, in shaa Allah kaklong akan jumpa kerana Allah sentiasa di sisi.. kadang-kadang kaklong penat untuk hidup tapi kaklong cuba sebab mek sentiasa di hati kaklong. kaklong bukan anak yang baik untuk mek semasa mek ada tapi sekrang kaklong cuba untuk jadi anak yang baik walaupun tanpa kehadiran mek di sisi. kaklong tak mampu rasa bersalah, kaklong minta maaf sebab selama mek hidup, kaklong nakal, degil..mungkin kaklong cuba menarik perhatian mek sampai kaklong lupa hati mek mungkinkan terluka. maafkan kaklong mek. kaklong sentiasa cuai menjaga hati dan perasaan mek. in shaa Allah, kaklong akan berubah lebih baik lagi supaya mek di sana akan selamat dari segala-galanya. mek, kaklong cuma berharap mek aman di sana. sekali lagi maafkan kaklong sebab tak jadi anak yang baik untuk mek, tapi kaklong nak oyak, mek adalah the best of mother in the world..sayang mek sangat-sangat. kaklong akan sentiasa doa untuk mek dan kaklong akan sentiasa simpan mek dalam hati kaklong. kaklong rindu sangat-sangat. kadang-kadang hati kaklong rasa sesak sebab terlalu rindu, di rumah ni terlalu banyak kenangan kita, mek..

cukuplah setakat ini dulu untuk hari ini, dah azan maghrib doh tu..in shaa Allah nanti kaklong sambung lagi. saaayang mek!!!

Friday 8 May 2015

hari ini, aku ingin menulis lagi. menulis tentang rasa yang aku rasakan ketika dan saat ini. aku merasakan bahawa aku mulai rindu pada seseorang bergelar lelaki. aku mungkin tersilap rasa tapi itulah hakikatnya. aku merasa tidak sepatutnya aku merasa demikian kepada dia kerana dia hendaknya aku harapkan sebagai pencurah ilmu semata-mata tapi apakan daya, hanya itu yang aku rasa. mungkin aku silap menafsir rasa sendiri, harapnya aku tersalah rasa. sekarang rasa itu makin dalam kerana dia bakal meninggalkan kami para pelajar, kami terutamanya aku mulai berasa sepi tanpa dia. melihat namanya sahaja membuat aku merasa berdebar-debar apatah lagi jika aku melihat kehadirannya walau hanya sepantas kilas sahaja. aku terpena sebentar, terasa mahu saja aku olahkan padanya tentang perasaanku kepadanya. agar dia mengerti apa yang ku rasa. tapi itu semua mustahil aku lakukan setelah aku banyak sekali melalui proses kekecewaan ketika remaja ku. sekarang aku cuba untuk menapis segala rasa, agar aku tidak lagi tersalah langkah. in shaa Allah aku mampu mengawal rasa ini.. amiin

Wednesday 6 May 2015

permulaan

bermulanya satu permulaan apabila aku mula menulis. hanya dengan sebuah kata, aku tetap ingin menulis. menulis membuat aku rasa bebas, bebas dari segala kesedihan dan lagi perasaan negatif. aku suka menulis kerana dengan menulis, aku mampu melakar sebuah kenangan dalam diri sendiri..jadi, aku terus menulis dan terus menulis. menulis bukan hanya sekadar bicara tapi aku anggap sebagai satu laluan untukku meluahkan rasa yang terbuku di hati selama aku hidup. bermulanya sekarang kerana sekarang baru aku punya kekuatan untuk memaparkan di alam maya. in shaa Allah, tulisan ku bukan menghina atau sebagainya yang mungkin ada yang negatif atau sebaliknya. aku berharap hanya positif sahaja. agar tulisanku mendapat redhaNya...